Sunday, January 1, 2012
happy new year 2012!!
Monday, September 19, 2011
Adegan Selepas Raya
Wednesday, June 22, 2011
A year older, a year wiser
Saturday, January 1, 2011
1st post for 2011!! welcome 2011!!
malam tahun baru tahun kat airport
dengan muka ngantuk dan badan yg lesu
travel seminggu yang tak cukup tidur
untuk 2010 byk benda yang pasti tak akan dilupakan sampai bila2
pahit manis semua tu warna2 dalam kehidupan
syukur, semua dapat dilalui dengan cemerlang
dan untuk tahun yg bakal dilalui ni
pasti lebih mencabar lagi
alam pekerjaan yang menjanjikan 1001 macam cubaan
dan bakal menguji kesabaran
angin baru, suasana baru, orang baru
dan rasanya paling mencabar adalah kamus baru kehidupan yang bakal dibuka tak lama lagi
menjadi seorang isteri dan ibu...
bila fikir2 rasa sangat takut, sebab tiada masalah untuk MENERIMA. tapi takut bila tidak dapat MEMBERI..
Sunday, December 19, 2010
3rd meeeting
i did all the cookings
tatau ok ke tidak hahaha
boleh ibu call pagi2 time dia otw ke melaka bg tau
his uncle going to bring his mom and dad this evening
then suruh aku masak apa2 yang patut
hmm
plg kelakar bila aku serba salah nak panggil mak atau mak cik sbb dia bahasakan diri dia mak
aiseh malu saya..
time nak salam pun tgn sejuk
siap kena peluk lagi
btw,
terima kasih banyak sebab sudi datang jauh2 semata2 utk tgk saya (sy tau mak cik tak berapa sihat kan beberapa hari ni)
Monday, December 6, 2010
salam maal hijrah
jaga solat
jaga solat
jaga solat
hormat ibu
hormat ayah
hormat yang lain
kerja dengan ikhlas
buang sifat iri hati
jadi ibu dan isteri yang baik.. insyaAllah
:: Ya Allah,aku pohon padaMU Iman yang sempurna, Ilmu yang bermanafaat,
rezeki yang halal, Usia yang panjang dan berkat, doa yang mustajab,
hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang berbayar dan
keselamatan di dunia dan akhirat...AMIN...Salam Maal Hijrah
...1432H..minta maaf kalau ada salah dan silap sama ada sedar atau tidak, ikhlas dari saya ::
Sunday, December 5, 2010
2nd in our batch: keen and dimas weds

hr ni wed kin n dimas kt masjid wilayah. so dah dapat imagine mcm mana ruang tempat aku kahwin nanti
tahniah!! semoga ikatan yang terjalin akan mendekatkan hubungan antara 2 negara.
gi ngan zahra n akmar.
dalam kul 3 sampai
ni sbb jalan jem sbb kena tutup demonstrasi air kat masjid negara tu
diorang sampai dari ipoh dalam kul 1.30
then gi kl central nak jemput stuck tgh jalan
tetamu tak ramai
majlis pun nak habis
n paling mengejutkan bapak kin betul2 buat majlis cara dia
tapi yang tak bestnya sbb
member2 lain tak dtg
sian kin...
btw,
happy dapat jumpa abang sara n kak sara..
bertukar2 cerita, bergelak ketawa..
Tuesday, November 16, 2010
Selamat Menyambut Hari Cinta Sejati =)
Eid mubarak everyone..selamat menyambut hari aidil adha untuk tahun ke 1431 H ni..
bila ditanyakan, ape sebenarnya yg kita raikan di hari ini? ramai yg terpinga-pinga..kalau eidul fitri diraikan bila kita berjaya menahan nafsu dari beraja dalam diri selama sebulan, lalu eidul adha untuk apa? kita takde puasa pape (kecuali puasa sunat)..nak kata buat haji (rukun Islam ke5), bukanya kita gi haji pon..takkan org yg g haji je yg boleh meraikan eidul adha ni kan..nak kata meraikan pengorbanan ibrahim menyembelih ismail? really? bapak sembelih anak, nak diraikan besar2an? sempena ibrahim sembelih kibas gantian dari Allah? mestilah kita pon tumbangkan lembu kambing jugak..tapi org kampung yg buat..kita tak buat..
hari raya korban..sebab org korban lembu kambing kerbau...ye ke sebab tu? org korbankan kita yg raya..cam tak releven utk diri kita je..so, takyah raya? haha bidaah ape plak nih..
Menyingkap sejarah Ibrahim
Ibrahim adalah seorg nabi, yang lari menyelamatkan iman dari Iraq ke palestine, dan seteldown kat palestine bersama isterinya Sarah, dan seorg hamba, Hajar. lama mereka hidup bertiga tanpa mempunyai cahaya mata..tentunya seorang bapa runsing, bagaimana keturunannya akan berkembang tanpa anak..tentunya seorang rasul, nabi, daie, gusar..siapa yang bakal menyambung perjuangan menyeru umat menuju pencipta?
Sarah yang pada ketika itu memahami situasi suami tercinta, membenarkan Ibrahim berkahwin pula dengan Hajar demi mendapatkan waris. * Pengorbanan yg pertama*. Alhmdulillah, Allah telah mengurniakan rezeki kepada Ibrahim dan Hajar untuk mendapat cahaya mata yang dinanti-nantikan. bapa mana yang tak gembira dapat anak oii..(oh..bapayang soh awek buang anak tu tak gembira kot). Setelah lama menantikan zuriat, akhirnya dikurniakan Allah seorang bayi lelaki, Ismail.
Allah perintahkan Ibrahim membawa Hajar dan Ismail pindah ke padang pasir panas, kira kira 1400km dari rumah Sarah. Lalu mereka pun berjalan..berjalan..berjalan...Hajar tak tahu nak pindah ke mana..tapi dia ikut je..jalan..jalan..berbekalkan kurma..jauh kot 1400km tu kalo bjalan..maybe naik ape2 tunggangan (tak tau).. sesampainya di sebuah lembah, Ibrahim pun suruh Hajar duduk di situ, dan dia terus patah balik untuk kembali ke rumah Sarah. Hajar terkedu, lalu bertanya kepada Ibrahim "adakah ini perintah Allah?" Ibrahim mengiyakan lalu Hajar terus redha. fikirnya, kalau ini perintah Tuhan yang Maha Penyayang, takkanlah Dia akan membiarkan dia dan anaknya mati kekeringan di situ. betapa Hajar yakin dengan Allah.. *Pengorbanan yg kedua*. Ibrahim pula, dengan isteri yang disayangi, dengan anak yang sangat2 diharapkan dan dinanti, akhirnya diarahkan tuhan untuk membiarkan mereka di lembah gersang itu, tentunya memeritkan. *pengorbanan ke tiga*. namun pastinya ada hikmah besar perintah Allah itu..rupa-rupanya dari pengorbanan ini, akhirnya wujud telaga zam-zam, wujudnya perkampungan , dan Makkah yang mulia..dari situ juga wujud keturunan Ismail yang membawa ke Muhammad, kekasih kita.
hari berganti hari..bulan berganti bulan..tahun ke tahun..akhirnya Ismail sudah meningkat remaja. Ibrahim yang pergi menyeru umat menyerah diri kepada Allah di kejauhan, sudah tentunya membuak2 rindu kepada anaknya yang seorang ini. walaupun pada ketika ini, Sarah telah melahirkan Ishaq, namun manakan sama kasihnya kepada anak yang pertama itu. sudahlah ditinggalkan beribu batu, malah sudah bertahun tidak berjumpa. (macam kita la yang blajar jauh dari keluarga..mesti rasa nak balik kan sempena hari raya ni..nak2 yang dah lame tak balik..huu rindu..)
di suatu hari, Ibrahim pulang ke Makkah untuk berjumpa dengan Ismail dan Hajar. rindu yang tidak kepalang itu akhirnya diluahkan..Tuhan saja yang tahu betapa perasaan itu sangat mengharukan..(bayangkan jejak kasih..mesti sampai nangis2 punya kan..)..dulu waktu ditinggalkan, Ismail masih bayi..sekarang sudah pandai bercakap,berlari..bertambah2 lah sayang si bapa kepada anaknya ini..sayangnya melebihi segala2nya..sehinggalah...