Sunday, October 31, 2010

oktober pergi november mari!!








ok, end of october
30.10.2010
congrates to my dearest fren, naimi n fahmi yang dh selamat diijabkabulkan
hehehe
tahniah sbb berjaya menduduki takhta yang pertama dalam batch
tak sangka secepat ni korang jalan.
tak de plan apa2 tunang sebulan terus kawen
macam kena paksa lak kan
tp kami tau anda berdua happy kan? kan? kan?
takpe boleh mintak posting sama2 nanti satu hsptl
cantik naimi hari ni, fahmi pun kacak la dari biasanya
hehe
walau aku tak plan nak datang sbb ingat nak gi kenduri esoknya jer
tapi sampai jugak sbb teman k.nisah, sian dia drive jauh2 br habis oncall pulak tu :)
btw, lama tak jumpa kak nisah.
thanks yer belanja kitaorg secret recipi {sape2 yg ada di tempat kejadian mesti tak leh lupa muka blur masing2 bila kak nisah nak order air mineral tp tercakap aqua kat adik waiter tu}


31.10.2010
next day, ni kira reception merangkap reunion kecil2an lah
mmg nama pun kecil2an sbb yg dtg semua nya kecil2 kan hahaha
mmg tak complete semua..
takpe, masing2 faham semuanya ada komitmen lain masa ni
ada jodoh kita jumpa di kenduri kin n dimas bulan 12 ni dan kenduri2 lain yang bakal coming nanti :D
pada yang tak datang tu, tgk2 la pic kat fb tu yer buat mengubat hati lara korang k..


Wednesday, October 27, 2010

Muhasabah dri sblom kawen! let's check out! [10 Sifat Calon Suami Yang Baik]

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

SESUNGGUHNYA JODOH ITU ADALAH DARI ALLAH

Pada suatu hari, Saya bertanya kepada ibu, "Ibu satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "Ibu jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..Ibu mengukir senyuman.


"Pilihan hati ibu adalah yang sayangkan kita kerana Allah.."

Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?"

Ibu diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya ibu dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari ibi sedangkan sekilas saya pun ibu mampu membacanya.


"Yang paling tahu hanya Allah.." ibu merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " ibu menyusun ayat-ayatnya.

"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."


Saya memintas, "Tak faham.. Ibu menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..

Ibu menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."


Wajah saya merah, sedikit cemas jika ibu dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Ibu menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..


Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" ibu berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Ibu buat-buat tidak nampak.


Secret Admire

"Kakak, ibu dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu ibu dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal.. Dan masa tu ibu tekad tak mahu layan sebab ibu takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Ibu sedar ibu anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Ibu nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu ibu.. Akhirnya ibu bagi kata putus, ibu hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami ibu..


Dan dia memang bukan jodoh ibu, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Ibu merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada ibu, semakin berminat dengan kisah lama ibu..


"Ibu memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah ibu. Ibu ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, ibu tak pernah bagi peluang pada diri ibu untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Ibu takut pada Allah.

Ibu bukan seperti rakan sebaya ibu yang lain.."Ibu, seperti kakak.." ibu memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.


"Ibu anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan ibu kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati ibu tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, ibu pelajar pertama yang bertudung.. Ibu membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil ibu dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya.. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan ibu sikit-sikit ikut bertudung.


Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."ibu melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung ibu.


Ada getar di hujung suara ibu. Kisah silam perjuangan ibu di sekolah dahulu sikit-sikit ibu ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.


"Mungkin kerana personaliti ibu, ibu menjadi tempat rujukan kawan-kawan ibu.. Jadi, bila ibu nak ambil sesuatu tindakan, ibu kena fikir betul-betul sama da tindakan ibu tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Ibu ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau ibu membalas cinta si lelaki tadi, bermakna ibu sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." ibu menelan air liurnya.


Saya diam.Fikiran saya sedang cuba memahami maksud ibu saya.Adakah ia suatu diskriminasi?


"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."


Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah ibu. Ibu meneruskan,


"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita

ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah..

Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya."


Ibu berhenti seketika.. Bukan luar biasa...

Tentu kering tekak ibu menerangkan kepada saya

persoalan hati ini.


"Kakak.. jadi di sini ibu nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang

kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.."

"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan,

sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "


Redha


"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "


Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Ibu menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan ibu sangat-sangat kuat.


"Ibu dah didik anak ibu dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang ibu serahkan anak ibu yang ibu sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."


Ibu mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...




* Aku cinta dia hanya keranaMu ya Allah, aku cinta dia hanya keranaMu ya Rahman, aku cinta dia hanya keranaMu ya Rahim..

Pandulah hati kami.. pandulah keluarga kami.. pandulah rumahtangga yang bakal kami bina.. pandulah zuriat yang bakal aku lahirkan bersama dia nanti..*

honey the moon

lama giler tak update posting
padahal banyak je masa terluang
td ditanya soalan cepu emas oleh si dia
mana best dah tunang ke solo
then aku jawab dua2 ada best ngan tak bestnya
tp aku vote for tunang *ish takleh nakal2 lagi
perbincangan lanjut dirahsiakan
hehehe

okeh next plan kursus nikah
bila la cik abang nak free ni..
kata nak gi sama2
cepat yer sebelum ayg pulak yg sibuk nanti
ni dah duk kl senang sikit kan

ok, sebut pasal bz
semalam dh gi lapor diri ke jpa
hahaha biasala
surat dah lama sampai tp buat derk je
seronok tau dah lama tak honeymooon
then call spa, interview nanti plg awal bulan 11
dekat org cerita dgn nada kecewa
tp dlm hati, yeayyyyy extend honeymoon

okeh
dah puas juga membelek majalah2 dan blog2 dan segala yg berkaitan dgn pengantin
hmm still confuse nak pilih warna apa...

Thursday, October 14, 2010

Kisah seorang lelaki EGO... touching

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”

Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap

dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.

Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.




Tuesday, October 12, 2010

check list #belum fix

Sebelum Bernikah
Kursus Perkahwinan
HIV test
Isi borang2
Kad Jemputan Kahwin - 1000 keping
Kos mendaftar

Pernikahan
Tarikh
Tempat - Masjid Wilayah
Derma Tok Kadi
Kain untuk Baju Nikah (Lelaki & perempuan)
Tempah baju

Reception (Dewan Masjid Wilayah)
Catering
Doorgift
Warna Tema Tempat dan Family
pelamin, makan beradap
baju reception lelaki dan perempuan
Photographer/Videographer
Mak andam
Bunga pahar
kek

Barang hantaran:
Upah Hantaran
Ke pihak Lelaki


Ke pihak perempuan


byk benda nak kena settle ni.. (#_#)

Monday, October 11, 2010

:: UJIAN PERSONALITI ::

Satu masa dulu pernah ada orang soal tentang benda ni.. Last 4 years kalau tak salah..

Di bawah ini terdapat 16 soalan ujian personaliti untuk mengenali siapa diri anda sebenarnya. Ujian ini hanyalah andaian sahaja. Kebanyakan orang yang telah mengambil ujian ini berpendapat analisis yang mereka terima tepat dengan dengan personaliti mereka. Jom cuba ujian ini!

Sebelum tu, ambil kertas dan pen untuk mencatat jawapan anda. Analisis untuk jawapan anda ada pada bahagian bawah pos ini. Buat dulu ujian baru baca analisis. Kalau baca analisis dulu nanti hilang keberkesanannya. Selamat mencuba.




Bayangkan anda sedang berada di dalam hutan.


Soalan 1:

Dengan siapakah anda berjalan di dalam hutan?
Abang

Soalan 2:

Ketika sedang berjalan, tiba-tiba anda terserempak dengan seekor binatang. Apakah binatang itu?
Rusa cantek

Soalan 3:

Apa yang anda lakukan ketika terserempak dengan binatang itu?
a) pandang sahaja dan tak ambil peduli
b) lari
c) tangkap binatang itu


Soalan 4:

Anda meneruskan perjalanan anda.Tiba-tiba terjumpa segugus kunci. Ada berapa bilangan anak kunci itu? (antara 1-10 anak kunci)
3

Soalan 5:

Anda berjalan lagi. Anda terjumpa sebuah rumah di tengah hutan. Adakah rumah itu berpagar?
Tiada pagar

Soalan 6:

Adakah pintu rumah itu terbuka atau tertutup?
Tertutup

Soalan 7:

Anda memasuki rumah itu. Anda ternampak meja di ruang tamu. Apakah bentuk meja itu?
a) bulat/oval
b) segiempat
c) segitiga/ bersegi-segi


Soalan 8:

Di atas meja tersebut ada sebuah bekas bunga. Ada berapa banyak air dalam bekas bunga itu?
a) kosong
b) separuh
c) penuh


Soalan 9:

Bekas bunga itu diperbuat daripada apa?
a) bahan mudah pecah seperti kaca, seramik atau tanah liat
b) bahan keras atau lentur seperti kayu, logam atau plastik


Soalan 10:

Anda pergi ke belakang rumah dan nampak air terjun dari jauh. Berapa lajukah airterjun itu?Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh. (antara 1-10, 1-perlahan 10-paling laju)
10


Soalan 11:

Anda keluar dari rumah dan berjalan lagi. Tiba-tiba ternampak sebuah peti. Apa ukuran peti itu?
a) kecil
b) sederhana
c) besar


Soalan 12:

Peti itu diperbuat daripada apa?
a) cupboard/ kertas/ kayu
b) logam


Soalan 13:

Tidak jauh dari situ anda ternampak sebuah jambatan. Jambatan diperbuat daripada apa?
a) logam
b) kayu
c) rotan


Soalan 14:

Di seberang jambatan terdapat seekor kuda. Apakah warna kuda itu?
a) putih
b) kelabu
c) coklat
d) hitam


Soalan 15:

Apa yang kuda itu sedang buat?
a) makan rumput
b) diam dan tenang
c) berlari


Soalan 16:

Tiba-tiba, ribut kuat tanpa disangka .... tidak jauh daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
(a) lari dan bersembunyi di dalam peti
(b) lari dan bersembunyi di bawah jambatan
(c) lari naik kuda dan terus pergi


Analisa :

(1) Dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat di hati anda.

(2) Binatang yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. Saiz binatang yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar.

(3) Tindakan anda kepada binatang merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. Kalau anda lari dari binatang maksudnya anda memang suka lari dari masalah.

(4) Bilangan anak kunci:
1 - kamu punya satu kawan baik dalam hidup anda
2-5 - anda mempunyai beberapa kawan baik dalam hidup anda
6-10 - anda punya banyak kawan baik

(5) Rumah
Berpagar : Berfikiran tertutup
Tidak berpagar : Berfikiran terbuka

(6) Pintu
Terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah diri kepada orang lain
Tertutup : tidak suka bercerita dan lebih suka memendam

(7) Meja
Bulat / oval – mudah menerima dan mempercayai kata-kata kawan sepenuhnya
Empatsegi - anda sedikit cerewet tentang kawan dan hanya boleh berkawan dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja
Segitiga/ bersegi-segi - kamu sangat cerewet pilih kawan dan tidak ada banyak kawan

(8) Bekas bunga
Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
Separuh - apa yang anda inginkan dalam hidup sudah separuh penuh
Penuh – keinginan anda dalam hidup dalam hidup sudah tercapai dan baik

(9) Bekas bunga
bahan mudah pecah - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
bahan keras atau lentur - anda kuat dalam hidup anda

(10) Air terjun
0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali
1-4 - ghairah seks rendah
5 - ghairah seks sederhana
6-9 - ghairah seks tinggi
10 - ghairah seks sangat tinggi ...

(11) Saiz kotak:
Kecil - ego rendah
Sederhana - ego sederhana
Besar - ego tinggi

(12) Bahan peti:
cupboard/ kertas / kayu - rendah hati
logam - bangga diri

(13) Adapun material jambatan:
jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan kawan-kawan anda
jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan kawan-kawan

(14) Warna kuda:
putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
kelabu/ coklat - pasangan anda biasa sahaja di hati.
hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.

(15) tindakan kuda:
menggigit rumput/ diam dan tenang - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

(16) Ini soalan terakhir tapi yang paling penting. Ini adalah simboliknya:
Ribut - masalah dalam hidup anda
Peti - anda
Jambatan - kawan-kawan anda
Kuda – pasangan anda
Jadi,
(i) jika anda memilih masuk ke dalam peti, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
(ii) jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
(iii) jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.

Adakah jawapan-jawapan anda melambangkan diri anda? fikir-fikirkan...


nota kaki: itulah jawapan yang aku beri masa pertama kali aku ditanya soalan ni dulu :D

:: PETUA IMAM SHAFIE ::

  • Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging

2. memakai haruman

3. kerap mandi

4. berpakaian dari kapas

  • Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)

2. selalu cemas

3. banyak minum air ketika makan

4. banyak makan bahan yang masam

  • Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat

2. bercelak sebelum tidur

3. memandang yang hijau

4. berpakaian bersih

  • Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis

2. melihat orang dibunuh

3. melihat kemaluan

4. membelakangi kiblat

  • Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong

2. rajin bersugi (gosok gigi)

3. bercakap dengan orang soleh

4. bergaul dengan para ulama

  • 4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABITidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAHMiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatmalam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBAMiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.

4. TIDUR SYAITANMenelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.



Sunday, October 10, 2010

101010

will be update later on
ngantuk
5 hari yg panjang tp rasa singkat :)

Monday, October 4, 2010

Yudisium

esok kena gi indonesia untuk Yudisium..
semoga lancar semuanya..
aihh..
malasnya nak travel jauh2 lagi..

Friday, October 1, 2010

Bahagia

Ramai orang yang keliru tentang istilah ‘bahagia’ terutama mereka yang masih mencari arah dalam hidup. Suatu ketika dahulu saya juga keliru dengan maksud bahagia yang sebenarnya. Ini menyebabkan saya ke sana dan ke mari, membeli itu dan ini, melakukan begitu dan begini dan bermacam-macam lagi kerana menyangka semua itu boleh membawa boleh bahagia.

Ada mereka yang rasa bahagia jika memiliki rupa paras yang menawan, kalau rupa sederhana takkan nak buat pembedahan plastik? Tak semua orang mampu. Ada juga yang meletakkan bahagia pada teman yang setia, kalau teman tak setia takkan nak bunuh diri? Terdapat juga mereka yang meletakkan bahagia pada motorsikal atau keretanya yang sangat disayangi. Ada yang kata bahagia jika dapat melancong ke luar negara. Dan ramai juga yang menyandarkan bahagia pada duit yang banyak. Duit banyak tak apa lagi, tapi duit banyak yang segera pula. Bolehkah diletakkan harapan?

Ketika membaca kisah Lotus Eater, saya mendapati watak utamanya iaitu Thomas Wilson, meletakkan keyakinan bahawa beliau boleh bahagia dengan tinggal di sebuah pulau yang cantik, Caprio Island. Lalu beliau meletakkan jawatannya sebagai pengurus bank di London, membawa semua wang simpanannya yang banyak untuk bekalan hidupnya di pulau tersebut. Dia rasa dia akan benar-benar bahagia di sana, hanya menikmati keindahan pulau, tidak bekerja dan berehat semata-mata. Namun, bait-bait sengsara semakin menjelma apabila wangnya kian susut di ambang usianya 60an, sewa rumahnya tidak mampu dibayar lagi, hidupnya terpaksa menumpang ihsan dan akhirnya menjadi kurang siuman. Yang paling menyayat hati sisa hidupnya terpaksa dihabiskan dengan menjaga haiwan peliharaan orang yang memberinya makan setiap hari dan terpaksa pula tinggal di dalam pondok seakan-akan reban. Rupanya pulau indah yang disangkanya membawa bahagia adalah derita hatinya dan sengsara hidupnya sehingga akhir usia.

Semenjak skop dunia sudah dikecilkan dengan teknologi komunikasi digital yang pantas lagi global, lebih banyak lagi cara manusia mencari bahagia. Mungkinkah impian bahagia juga boleh direalisasikan melalui internet? Mungkin ya bagi mereka yang menemui cara yang betul seperti menjalankan perniagaan internet seperti yang telah dilakukan oleh Irfan Khairi, Saifulsham dan ramai lagi. Mungkin juga memperolehi pelbagai ilmu dan pengetahuan melalui internet. Walau bagaimanapun, adakala ianya hanya tinggal anganan untuk mencapai bahagia. Tragedi yang menimpa beberapa rakyat Malaysia di luar negara contohnya Siti Aishah Hamid (OKU, 43 tahun) yang tertahan di Pakistan, Norfaizura Azura Md. Lias (28 tahun) yang terdampar di tahanan Malta bersama bayinya, begitu juga dengan Dayang Sakienah dan terdahulu sebelum itu Raja Munirah Raja Iskandar (22 tahun) yang tersumbat dalam penjara di Jepun adalah antara kisah memburu kebahagiaan yang tidak kesampaian. Sungguh simpati dengan nasib mereka.

Jadi di manakah sebenarnya bahagia? Ada pepatah mengatakan ‘Joy is not in things, it is in us’. Frasa lain pula, ‘The purpose of life is to discover your gift. The meaning of life is to give it away’. Dalam kalimah azanpun ada seruan bahagia yang menjadi intipati kejayaan, ‘Marilah menunaikan solat, marilah menuju kejayaan’. Ini bererti orang yang berjaya (bahagia) mesti menunaikan sembahyang. Banyak pula ayat Quran menerangkan bahawa orang yang bersyukur akan ditambah lagi nikmat Tuhannya. Ini kerana rasa syukur akan membatasi ketamakan dan menerima segala pemberian dengan penghargaan. Syukur membuatkan kita mudah memberi atau bersedekah. Bukankah sedekah menyuburkan harta? Bukankah harta menjadi sebahagian daripada tenaga untuk hidup bahagia? Syukur memandu ke jalan bahagia, jalan yang diredai Tuhan. Syukur menundukkan kesombongan dan keangkuhan. Syukur membesarkan Tuhan. Semakin kita berpada dan semakin kita menghargai, maka di situlah bertahtanya kebahagiaan.