Monday, September 17, 2007

HATI.....

banyak betul jenis hati manusia ni.. kadang tu tiada hati langsung... kosong je.. emptiness.. sedih kan dan kesian manusia yg macam ni.. macam manalah 'dia' hidup di atas dunia yg fana ni..


ada juga hati yg busuk.. bau pekung tak boleh nak cerita, ditambah pulak bau hanyir yg amat menyakitkan hati sesiapa saja.. macam mana dia nak berdampingan dengan org lain ya..


yg paling baik adalah hati manusia yg bersih dan harum.. sesiapa saja mau berdampingan denganya..seronokkan kalau ada hati mcm tu..


hati manusia ni kan siapa yg tau.. tiada siapa yg mahu mengetahui dan bagaimana cara untuk mengukur tahap dan klasifikasi sesuatu hati tersebut.. hati ni terbentuk melalui rohani dan cara pembawaan kita dalam menempuhi kehidupan serta perjalanan hidup kita.. sikap tamak dan ego yg tinggi boleh mencetus sesuatu perbuatan yg tak masuk akal.


Cuba kita renungi sesuatu sebelum membuat sesuatu perkara.. kaji atau selidiki secara menyeluruh... jangan mudah membuat kesimpulan keatas sesuatu perkara yg kita sendiri kurang pasti atau mempunyai banyak persoalan..

jangan menjauhi seseorg kalau kita tahu kita telah menyakiti seseorg.. sebaiknya, cuba membuat perbincangan serta bertanya adakah kita telah melukakan hatinya.. jgn menjauhkan diri dan membuat pelbagai andaian.. tak adilkan kalau buat mcm tu.. 'org' tu yg terpinga-pinga.. kita tau ke kalau org yg kita menjauhi tu boleh terima sebab kita menjauhi dia sbb dia terluka dengan kita.. kalau dia tak tau mcm mana.. mesti 'org' tu akan sedih, dia mesti lagi pelik dan kecewa..kekadang tu semua sebagai satu alasan, hati manusia siapa yg mampu duga... tetapi kebenaran akan terjawab.. tak perlulah untuk kita mencebik muka.. terimalah ianya sebagai sesuatu cabaran untuk kita.. sedih tetap ada.. dan kecewa tetap ada.. terimalah kenyataan..

Wah.. hebat betul hati manusia ni.. aku rasa tercabar kekadang tu… rasa sakit hati pun ada.. tapi apakan daya…terimalah dengan hati yang redha…kerdilnya manusia ni..Kerdil yang dimaksudkan adalah kalah dari membuat sesuatu yang mulia sedangkan ia mmg sudah didepan mata. Susahkah untuk melakukan sesuatu yang sebegitu… sebak kan..

Ada satu hati, yang mmg degil tapi mahu.. cukuplah mendera hati yg lain.. keluarkan apa kata yang terbuku.. begitu susahkah mahu meluahkannya? Susah tu mmg susah.. tapi apa yg penting.. mahu mencuba dan mahukan kebenaran yang pasti.. pelik tapi benarkan… itulah yg susah dan perlu ditanggung.. nak seribu daya.. tak nak seribu dalih..Hati kita ni selalu akan mahukan sesuatu… mendesak dan didesak.. itu lah yg akan sentiasa terjadi... tapi apa yg berlaku mungkin ada hikmah disebaliknya.. rasa merindu dan dirindu.. wah.. seronok kan... bila merindu dan dirindu, memerlukan satu perasaan yg amat susah nak digambarkan dan amat susah nak diluahkan oleh kata2... hanya org yg merindu dan dirindu mengetahuinya.. makin lama kita sedar dan makin lama kita merasainya, betapa bersyukurnya kita bahawa ia pernah terjadi pada kita.. walhal mana tau pada sesuatu masa nanti, ia bukan menjadi milik kita.. tak salah untuk merindu dan dirindui.. yg salah adalah tujuannya.. jika tujuannya hanya untuk memainkan perasaan org lain atau hanya mahu melepaskan batuk ditangga.. salah sebenarnya tu..hati manusia mmg susah untuk dimengerti.. apatah lagi untuk diselami.. banyak maksud ttg rindu dan merindui ni.. ia bergantung pada maksud yg kita gambarkan atau yg mahu kita luahkan..

No comments:

Post a Comment