Thursday, November 15, 2007

andai dia tahu...

Saya telah mengembara ke hujung dunia, mencari cinta saya. Tapi pertama kali bertemu awak, hati saya terus terpaut. Demi Tuhan, saya tak tahu kenapa. Tapi itulah kebenarannya.

Saya telah menolak awak. Tapi awak mencabar saya dengan kejujuran awak. Awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan. Dan awak berjanji, saya bukan salah seekor dari kupu-kupu perhiasan di dinding kamar awak.

Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak. Semakin mengenali awak, saya tak dapat lagi membohongi perasaan saya, bahawa saya menyayangi awak. Bersama masa, perasaan sayang ini menjadi dewasa. Dewasa menjadi cinta.

Dan saat saya mencintai awak, saya jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. Lemas dan hampir tenggelam, dalam lautan kasih sayang, seribu impian. Dan saya mula terfikir. Saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak. Rupanya awak ada di sisi saya selama ini. Dan baru saya sedari, tika dan saat itu.

Bagai merpati putih, cinta saya berkelana, mencari singgahsana di hati awak, untuk bertakhta. Dan telah nyata, saya tak temui, noktah cinta itu…

Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki cinta saya, awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tak mampu saya selam. Di sana, saya tak mampu melihat cahaya. Awak beri saya harapan yang sangat besar. Dan akhirnya, awak juga yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam….

Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tau apa yang sebenarnya awak cari. Tapi jauh di sudut hati, saya merasakan, bahawa awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu cinta. Dan mungkin takkan pernah dewasa… Atau mungkin juga, awak belum pernah benar-benar jatuh cinta pada seseorang…

Jadi, selama ini, siapa saya sebenarnya di hati awak? Adakah selama ini, awak sebenarnya tak pernah mencintai saya? Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati? Siapa yang mengajar saya, bahawa cinta itu perlukan pengorbanan? Siapa yang memberitahu saya, agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri?

Awak…
Awak mungkin jenis lelaki yang boleh mencintai ramai perempuan berkali-kali. Tapi saya pula seorang perempuan yang percaya, bahawa dalam hidup saya, saya hanya akan ada 1 lelaki, 1 cinta dan 1 perkahwinan… Kita hidup sekali, mati sekali, dan mencintai sekali…

Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada. Jangan anggap bahawa saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak. Jangan pernah menganggap.
Bagaimana harus saya bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biar pun pada ketika awak berada di sisi saya… Setiap saat, saya mengingati awak… Seumur hidup ini, saya mencintai awak…

Awak…
Sebelum saya menghilang dari dunia awak, saya ingin menyatakan sesuatu, yang tak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya pada saya, sedalam mana saya cintakan awak, inilah jawapan saya…
‘Kalau suatu hari, awak kehilangan sepasang mata, saya akan memberi sepasang mata saya, agar awak dapat melihat semula. Meski pun untuk itu, saya harus buta buat selama-lamanya…
‘Kalau suatu hari, awak kehilangan suara, saya akan memberi suara saya, agar awak dapat bersuara semula. Meski pun untuk itu, saya harus bisu buat selama-lamanya…
‘Dan kalau suatu hari, awak kehilangan hati, saya akan memberi hati saya, agar awak dapat hidup untuk selama-lamanya. Meski pun untuk itu, saya tiada lagi di dunia ini…’
Semuanya untuk awak. Tapi sayang, awak tak pernah tahu….

Seseorang pernah berkata - ‘If you really love someone, then let that person go. If that person is meant for you, that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place…’

Awak…
Dengarlah… Saya mencintai awak. Terlalu mencintai awak… Dan kerana saya mencintai awaklah, saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak… Saya berdoa, supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa yang awak cari. Supaya suatu hari nanti, awak akan memahami, apa erti cinta yang sebenar. Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya, terlalu mencintai seseorang…
Dan semoga awak tak akan pernah terlewat untuk menghargainya…

Awak…
Saya percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita. Saya tahu, ada hikmah di sebalik semua ini. Dan saya tak akan menyoal. Saya juga tak pernah kesal. Sekurang-kurangnya, sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.
Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali semula pada saya. Itu bukanlah harapan saya. Tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan. Dan kalau pun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yang terbaik.
Di mana pun awak berada, awak tetap bertakhta di hati saya. Dan di mana pun saya berada, saya akan tetap mencintai awak.

Awak…
Maut sekali pun, tidak akan pernah mampu membunuh rasa cinta saya pada awak…

~~~perghh jiwang sampai rasa nak bunuh diri

No comments:

Post a Comment