Pada suatu hari, Saya bertanya kepada ibu, "Ibu satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "Ibu jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..Ibu mengukir senyuman.
"Pilihan hati ibu adalah yang sayangkan kita kerana Allah.."
Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?"
Ibu diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya ibu dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari ibi sedangkan sekilas saya pun ibu mampu membacanya.
"Yang paling tahu hanya Allah.." ibu merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " ibu menyusun ayat-ayatnya.
"Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."
Saya memintas, "Tak faham.. Ibu menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..
Ibu menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."
Wajah saya merah, sedikit cemas jika ibu dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Ibu menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..
Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" ibu berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Ibu buat-buat tidak nampak.
Secret Admire
"Kakak, ibu dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu ibu dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal.. Dan masa tu ibu tekad tak mahu layan sebab ibu takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Ibu sedar ibu anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Ibu nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu ibu.. Akhirnya ibu bagi kata putus, ibu hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami ibu..
Dan dia memang bukan jodoh ibu, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Ibu merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada ibu, semakin berminat dengan kisah lama ibu..
"Ibu memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah ibu. Ibu ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, ibu tak pernah bagi peluang pada diri ibu untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Ibu takut pada Allah.
Ibu bukan seperti rakan sebaya ibu yang lain.."Ibu, seperti kakak.." ibu memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
"Ibu anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan ibu kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati ibu tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, ibu pelajar pertama yang bertudung.. Ibu membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil ibu dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya.. Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan ibu sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."ibu melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung ibu.
Ada getar di hujung suara ibu. Kisah silam perjuangan ibu di sekolah dahulu sikit-sikit ibu ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
"Mungkin kerana personaliti ibu, ibu menjadi tempat rujukan kawan-kawan ibu.. Jadi, bila ibu nak ambil sesuatu tindakan, ibu kena fikir betul-betul sama da tindakan ibu tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Ibu ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau ibu membalas cinta si lelaki tadi, bermakna ibu sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." ibu menelan air liurnya.
Saya diam.Fikiran saya sedang cuba memahami maksud ibu saya.Adakah ia suatu diskriminasi?
"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya.."
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah ibu. Ibu meneruskan,
"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita
ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah..
Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya."
Ibu berhenti seketika.. Bukan luar biasa...
Tentu kering tekak ibu menerangkan kepada saya
persoalan hati ini.
"Kakak.. jadi di sini ibu nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.. Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang
kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.."
"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan,
sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "
Redha
"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "
Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Ibu menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan ibu sangat-sangat kuat.
"Ibu dah didik anak ibu dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang ibu serahkan anak ibu yang ibu sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."
Ibu mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...
* Aku cinta dia hanya keranaMu ya Allah, aku cinta dia hanya keranaMu ya Rahman, aku cinta dia hanya keranaMu ya Rahim..
Pandulah hati kami.. pandulah keluarga kami.. pandulah rumahtangga yang bakal kami bina.. pandulah zuriat yang bakal aku lahirkan bersama dia nanti..*
Aini..tersentuh baca article ni.Thanks
ReplyDelete