Di bawah ini terdapat 16 soalan ujian personaliti untuk mengenali siapa diri anda sebenarnya. Ujian ini hanyalah andaian sahaja. Kebanyakan orang yang telah mengambil ujian ini berpendapat analisis yang mereka terima tepat dengan dengan personaliti mereka. Jom cuba ujian ini! Sebelum tu, ambil kertas dan pen untuk mencatat jawapan anda. Analisis untuk jawapan anda ada pada bahagian bawah pos ini. Buat dulu ujian baru baca analisis. Kalau baca analisis dulu nanti hilang keberkesanannya. Selamat mencuba. Bayangkan anda sedang berada di dalam hutan. Soalan 1: Dengan siapakah anda berjalan di dalam hutan? Abang Soalan 2: Ketika sedang berjalan, tiba-tiba anda terserempak dengan seekor binatang. Apakah binatang itu? Rusa cantek Soalan 3: Apa yang anda lakukan ketika terserempak dengan binatang itu? a) pandang sahaja dan tak ambil peduli b) lari c) tangkap binatang itu Soalan 4: Anda meneruskan perjalanan anda.Tiba-tiba terjumpa segugus kunci. Ada berapa bilangan anak kunci itu? (antara 1-10 anak kunci) 3 Soalan 5: Anda berjalan lagi. Anda terjumpa sebuah rumah di tengah hutan. Adakah rumah itu berpagar? Tiada pagar Soalan 6: Adakah pintu rumah itu terbuka atau tertutup? Tertutup Soalan 7: Anda memasuki rumah itu. Anda ternampak meja di ruang tamu. Apakah bentuk meja itu? a) bulat/oval b) segiempat c) segitiga/ bersegi-segi Soalan 8: Di atas meja tersebut ada sebuah bekas bunga. Ada berapa banyak air dalam bekas bunga itu? a) kosong b) separuh c) penuh Soalan 9: Bekas bunga itu diperbuat daripada apa? a) bahan mudah pecah seperti kaca, seramik atau tanah liat b) bahan keras atau lentur seperti kayu, logam atau plastik Soalan 10: Anda pergi ke belakang rumah dan nampak air terjun dari jauh. Berapa lajukah airterjun itu?Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh. (antara 1-10, 1-perlahan 10-paling laju) 10 Soalan 11: Anda keluar dari rumah dan berjalan lagi. Tiba-tiba ternampak sebuah peti. Apa ukuran peti itu? a) kecil b) sederhana c) besar Soalan 12: Peti itu diperbuat daripada apa? a) cupboard/ kertas/ kayu b) logam Soalan 13: Tidak jauh dari situ anda ternampak sebuah jambatan. Jambatan diperbuat daripada apa? a) logam b) kayu c) rotan Soalan 14: Di seberang jambatan terdapat seekor kuda. Apakah warna kuda itu? a) putih b) kelabu c) coklat d) hitam Soalan 15: Apa yang kuda itu sedang buat? a) makan rumput b) diam dan tenang c) berlari Soalan 16: Tiba-tiba, ribut kuat tanpa disangka .... tidak jauh daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan: (a) lari dan bersembunyi di dalam peti (b) lari dan bersembunyi di bawah jambatan (c) lari naik kuda dan terus pergi Analisa : (1) Dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat di hati anda. (2) Binatang yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. Saiz binatang yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar. (3) Tindakan anda kepada binatang merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. Kalau anda lari dari binatang maksudnya anda memang suka lari dari masalah. (4) Bilangan anak kunci: 1 - kamu punya satu kawan baik dalam hidup anda 2-5 - anda mempunyai beberapa kawan baik dalam hidup anda 6-10 - anda punya banyak kawan baik (5) Rumah Berpagar : Berfikiran tertutup Tidak berpagar : Berfikiran terbuka (6) Pintu Terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah diri kepada orang lain Tertutup : tidak suka bercerita dan lebih suka memendam (7) Meja Bulat / oval – mudah menerima dan mempercayai kata-kata kawan sepenuhnya Empatsegi - anda sedikit cerewet tentang kawan dan hanya boleh berkawan dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja Segitiga/ bersegi-segi - kamu sangat cerewet pilih kawan dan tidak ada banyak kawan (8) Bekas bunga Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi Separuh - apa yang anda inginkan dalam hidup sudah separuh penuh Penuh – keinginan anda dalam hidup dalam hidup sudah tercapai dan baik (9) Bekas bunga bahan mudah pecah - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh bahan keras atau lentur - anda kuat dalam hidup anda (10) Air terjun 0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali 1-4 - ghairah seks rendah 5 - ghairah seks sederhana 6-9 - ghairah seks tinggi 10 - ghairah seks sangat tinggi ... (11) Saiz kotak: Kecil - ego rendah Sederhana - ego sederhana Besar - ego tinggi (12) Bahan peti: cupboard/ kertas / kayu - rendah hati logam - bangga diri (13) Adapun material jambatan: jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan kawan-kawan anda jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan kawan-kawan (14) Warna kuda: putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda. kelabu/ coklat - pasangan anda biasa sahaja di hati. hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk. (15) tindakan kuda: menggigit rumput/ diam dan tenang - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati. berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal (16) Ini soalan terakhir tapi yang paling penting. Ini adalah simboliknya: Ribut - masalah dalam hidup anda Peti - anda Jambatan - kawan-kawan anda Kuda – pasangan anda Jadi, (i) jika anda memilih masuk ke dalam peti, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah. (ii) jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah. (iii) jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah. Adakah jawapan-jawapan anda melambangkan diri anda? fikir-fikirkan... |
nota kaki: itulah jawapan yang aku beri masa pertama kali aku ditanya soalan ni dulu :D
No comments:
Post a Comment