nak dekat raya ni mood blues makin menjadi-jadi... rasa macam something hilang... malam ni malam terakhir ramadhan... solat tarawikh macam biasa la tak cukup macam tahun-tahun sebelum ni.. biasalah orang perempuan.. samalah dengan puasa yang tak pernah cukup sejak akil baligh!!
cerita pasal solat ni... susah nak jaga ibadat yang satu ni.. yang utama ni.. nak kerjakan bagi cukup 5 kali sehari tu insyaallah.. tapi nak jaga kualiti tu.. nak dapat kesempurnaan hmm cukup susah.. nak tepat waktu..wudhu' , rukuk dan sujud yg sempurna.. main word KHUSYUK.. ingat dulu-dulu masa kecil liat sungguh nak bangun subuh.. bila ayah suruh bangun siap merungut lagi.. sampai me n adik kena rotan kat tapak kaki baru la bangun tu pun bagi syarat kat ayah kalau nak suruh kakak solat subuh tak nak amik air sembahyang sejuk.. hmm ayah pun kata tak apa.. janji solat..
hehehe tu cerita zaman sebelum baligh.. then me dapat kesedaran sendiri masa duduk kat boarding school dulu.. my senior masa tu me form 1.. dulu masa kat boarding school kena solat jemaah dan tak boleh solat dalam dorm.. tp biasalah.. senior2 otai dulu solat semua dalam dorm.. kita yang form 1 ni duk tengok je la.. hmm janji solat ye dak dari tak buat langsung.. then ada one day ni, masa tu mandi lewat.. so tak sempat nak solat jemaah.. dorm org lain pon dah gelap je masa tu.. kalau turun time tu sure kena hambat dengan waden (takut ngan waden lagi time tu dari takut ngan Allah...geleng kepala.. budak2).. pastu ada sorang senior ni duk rilek je.. me tanya la dia solat ke belum sebab setahu me time tu bukan time dia period.. dia punya jawapan mak aiihhh... menusuk kalbu sungguh!!! "ko budak kecik ko tau apa.. ko semayang kat sini kat umah ko semayang ke???" hmm terkedu sejenak dengar pernyataan tu..
tp Alhamdulillah, start dari dengar pernyataan tu me berazam tak nak sengaja tinggal solat dah.. lagi tengok ibu dan ayah yang tunggang-tonggek solat doakan kesejahteraan keluarga.. lagi dengan kata2 ayah yang everytime nak exam jer tak kira la exam besar ke exam kecil ke kalau phone kata nak exam je tolong doakan kakak.. mesti ayah jawab macam ni.." insyaallah ayah solat hajat untuk kakak"... hmm kata2 yg yg jadi pembakar semangat.. takkan lah orang lain sanggup susah payah nak buat untuk kita, kita tak boleh nak buat untuk diri sendiri..
ayah bukan jenis org yg tunjuk kasih sayang dia kat anak2.. rasanya in my whole life tak pernah dengar dia sebut sayang kakak.. tak pernah.. maybe ada kot dalam tidur.. dalam doa.. tapi me tau dia sayang sangat kat anak2 dia.. boleh rasa.. n dia bukan lah seorang yg suka pujuk.. tp pernah sekali dia pujuk me.. ingat lagi masa tu nak dekat PMR n skolah ada buat function utk ibu bapa n student ala2 kem motivasi.. seingat me la.. masa tu parents yg tak boleh datang ada tak sampai 10 parents.. n termasuklah my parents.. sedih sungguh masa tu tak terkata..dapat pulak ayah cakap cam ni "kakak jangan lah sedih ibu ngan ayah ada kerja sikit tak boleh datang".. me jenis yg tak boleh kena pujuk selalu cool down sendiri.. kalau kena pujuk lagi la parah meraung.. call ibu suruh datang.. tp kena marah balik " kakak tak faham ke ibu sibuk kerja" my god.. kerja lagi penting dari anak2... hmm me jawab masa tu "tak apalah kalau macam tu".. terus hang up.. ingat lagi masa dalam telekung nak gi solat maghrib.. apa lagi solat sambil berjurai2 air mata..
malam tu b4 tidur sambil tulis diari me terfikir.. berdosanya aku buat macam tu kat ibu.. then 1st thing i do the next morning.. call umah.. ibu yang angkat.. dengar je suara aku ibu cakap.. "sorry semalam.. ibu bz sgt.. letih kerja".. terus me jawab.. "tak kakak yang salah tak faham ibu.. kakak mintak maaf".. fuhhhh..for the 1st time my beloved mom minta maaf kat anak dia.. n me as anak tak sampai hati tengok ibu sendiri merendahkan diri di depan anak dia sampai macam tu.. ampunkan dosa kakak ibu.. what i've learnt from that moment.. whenever i feel down.. when someone betray me.. when a fren slash me behind my back.. when someone i believe in leave me behind.. beside pray to Allah i'll go to my mom.. walaupun tak semua kesedihan tu terungkap depan ibu sbb most of the time aku tak cerita problem aku sebab aku tak nak susahkan hati dia.. tapi seorang ibu dapat rasa yang anak dia dalam kesengsaraan.. apa yang aku mintak cuma secebis doa dari ibu.. "ibu kakak tengah susah hati..tak tenang..tp insyaallah still lagi kuat untuk hadapi semuanya.. ibu tolong doakan supaya Allah pinjamkan kekuatan pada kakak ya".. lepas tu insyaallah.. ketegangan dalam hati tu pasti reda sedikit sebanyak..
actually cerita kat atas tu sebenarnya untuk tatapan diri sendiri je dan cuma sebahagian kecil jasa dan pengorbanan ibu yang tak terbalas sampai bila-bila.. as a reminder.. sepatutnya hanya ada dalam private diari tapi rasa nak share.. kalau ada yang terbaca.. ingat syurga tu bawah tapak kaki ibu... Ramadhan berakhir.. semoga segala amal kita sepanjang bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan ni diterima oleh-Nya.. Next Ramadhan sempat lagi kah kita??????
SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR BATIN
No comments:
Post a Comment