Wednesday, December 26, 2007
KCB
bangun pagi prepare for breakfast..
then habiskan baca KETIKA CINTA BERTASBIH..
akhirnya khatam jugak aku buku ni lepas lebih satu sem aku kepam buku Rek kat dalam bilik aku.. hehehe..
sorry la rek..
aku rasa dia pun macam dah lupa dah aku pinjam buku dia..
ni dalam misi nak habiskan 2nd episode pulak..
bila ntah boleh habis...
novel ni berat tu yang aku baca satu muka surat dah ngantuk tuh..
tp betul2 recommended..
hmm malu la aku duk belikan org kat m'sia yg ramai2 duk pesan tetiba aku sendiri tak pernah baca..
Monday, December 24, 2007
ira's spaghetti!!
disebabkan dia sorang jer duk umah tu,
so menu yg paling ringkas dan mudah adalah spaghetti..
biasala, kitaorg ni kalau bab makan tlak batu tolak kayu jer
yang lain balun..
burppppp kenyang
tQ ira!!
Sunday, December 23, 2007
badminton match
macam biasa acara dekat dewan badminton cikampek
ade la dalam 20-30 tapak kaki dari pagar depan rumah aku
tu pun ada rasa mcm malas nak gi
Saturday, December 22, 2007
BROMO here i come!!!
haaaa macam tak caye lak kat Malang ni ada tempat macam ni
akhirnya sampai jugak kat Bromo
orang kata kalau singgah Malang tak gi Bromo mmg tak sah
kat sini la tarikan utama pelancongan kat sini
malangnyer aku dah 4th year baru sampai
biasala org selalu gi time cuti sem, aku time tu awal2 dah cabut balik m'sia terchenta..
Friday, December 21, 2007
Thursday, December 20, 2007
selamat hari raya haji
Wednesday, December 5, 2007
how hard u will try??
ever
fikir punya fikir memang itu cara yang tebaik, sempurna dan bahagia.
orang selalu bercakap pasal cinta tapi sebenarnya ketakutan dalam diri.
kalau betul wujud cinta tak kan tersekat dengan obsesi dan keterbergantungan.
kalau orang tu tak nak buat apa nak dipaksa.
biarkan, biarkan..
baguslah dia tak nak. buat apa kita nak desak.
tak perlu nak dirisau hirau.
kita bebas memilih, dia pun bebas memilih.
cuba tengok orang memaksa, mana ada bahagia sebenar.
lepaskan. lepaskan.
gila mendamba hanya dipacu nafsu dan ego.
berpusing-pusing kejar bayang.
buat semua, untuk siapa? kita? dia? keluarga dan kenalan?
bukan salah nak berteman. memang kebiasaan manusia. tapi kenapa nak berteman, kena cari sebab sebenar.
ramai orang suka mengejar. seronok memburu, seronok diburu. bila dapat hilang seronok. bila khayalan ditiup angin, apa dikejar dan mengejar tak seindah disangka, timbul rasa tak selesa, tak seronok dan bosan.
tak perlu drama, buang semua mainan minda dan ego.
tiada percikan, tiadalah api.
senang, ringkas dan mudah.
buat apa rumitkan keadaan.
apa yg ditulis tak semestinya betul, tak semestinya salah. mungkin orang lain yang betul.
bergantung kepada konsep kehidupan kita sendiri.
kenapa perlu berteman? senang je jawap.. fitrah.. automatik, tak payah fikir pun..
tapi cuba fikir dan renung dalam2, kenapa nak berteman? ini soalan bukan larangan.
kenapa? tanya diri sendiri.. pasti ada sebab yg berbeza.
emosi tu emosilah. tapi emosi banyak tingkat banyak jenisnya. pilihla nak yang mana satu.
lepaskan apa yang tak perlu. jangan asyik merana sudah.
benda basi buang je la.. simpan kat dapur nak buat apa lagi? eksperimen sains cikgu mana yang suruh?
YMMV-your mileage may vary. fikiran, pandangan, pengalaman dan kebolehan setiap orang berbeza. apa pandangan dan pendapat orang lain mungkin tak ada maknanya langsung bagi kita. begitu juga sebaliknya..
Sunday, December 2, 2007
blamed no one but myself
as life is an an affair between life and nafs
for light to reign over darkness
a single move just needed to create oneness
why do i have to listen to a sad story
while i n a whole life what needed is to become happy
a laugh for other's misfortune is maybe an envy
spring forth from the heart that is so lonely
i was never born to serve others than Him
don't fool oneself when my femininity misunderstood as a whimp
never learn to understand terderness as a body is still limp
one foot in reality and another in a dream
why scold others
when we never spoke truest
why promise a mountain of gold
when only seconds of gasps we can't hold
to be like others is to be a fool
to live one life as one please is to live in bold
to follow prophet's path is to live in a duel
to live with HIS blessing is the only rule
Tuesday, November 27, 2007
what's god play?
senyum..
muahahaha..
lately doa aku supaya allah tetapkan hati aku..
kita tak tau kan..
sbb tak leh predict future..
hanya boleh rancang+usaha+doa+tawakal..
the rest, apa yg dapat nanti tu lah rezeki..
sbb lately aku dah mcm tak ada feeling..
heartless..
everytime lepas solat aku pejam mata ingat balik feel kasih sayang dgn org2 yg aku pernah lalui rasa tu bersama2,
supaya aku tak akan lupa rasa tu then tak akan putus asa untuk dapatkannya..
after all things happened..
tawar..
malas nak layan perasaan memandangkan aku rasa sekarang ni aku dah boleh get over..
Monday, November 26, 2007
not sure of my self rite now
lama tak update..
minggu ni bz sgt..
sampaikan masa nak enjoy untuk diri sendiri pun tak ada..
today ada festival kebudayaan..
so ada masak2 sikit utk jual kat booth m'sia..
goreng bee hoon, kuih sagu, buah melaka, popia, karipap, puding jagung n keria..
utk 1st timer mcm kitaorng ni hasilnya kira boleh diberi kredit la..
licin..
alhamdulillah..
dlm 2-3 hari aku tawar hati ni, hari ni betul2 rasa cam tak ada rasa..
rasa macam tak pernah ada rasa tu..
ingatan tu still ada..
selalu je ingat..
tapi rasa tu dah tak ada..
lepas solat aku pejam mata dan cuba ambil feel tu..
kenang balik semua yg pernah aku lalui satu ketika dulu..
tapi aku tak jumpa!!
tak tahu nak kata aku rasa puas ke bila dah tak ada feeling tu sbb aku doa jugak supaya diberi Allah perasaan melupakan tu..
tapi i still do care..
kenangkan semua yg dah aku lalui sebenarnya rasa sedih..
aku tak tahu aku rasa sedih sebab apa..
mungkin sebab rasa tersalah memberi..
tapi pada aku, aku dah dapat bahagian aku, dan dia dah dapat bahagian dia..
even worst..
doa yg terbaik..
semoga dipertemukan dalam keadaan yg lebih baik..
Sunday, November 18, 2007
Thursday, November 15, 2007
andai dia tahu...
Saya telah menolak awak. Tapi awak mencabar saya dengan kejujuran awak. Awak tahu yang awak tidak bertepuk sebelah tangan. Dan awak berjanji, saya bukan salah seekor dari kupu-kupu perhiasan di dinding kamar awak.
Hanya dengan sebuah renungan, saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awak. Semakin mengenali awak, saya tak dapat lagi membohongi perasaan saya, bahawa saya menyayangi awak. Bersama masa, perasaan sayang ini menjadi dewasa. Dewasa menjadi cinta.
Dan saat saya mencintai awak, saya jatuh ke dasar perasaan yang paling dalam. Lemas dan hampir tenggelam, dalam lautan kasih sayang, seribu impian. Dan saya mula terfikir. Saya mengembara ke hujung dunia, mencari awak. Rupanya awak ada di sisi saya selama ini. Dan baru saya sedari, tika dan saat itu.
Bagai merpati putih, cinta saya berkelana, mencari singgahsana di hati awak, untuk bertakhta. Dan telah nyata, saya tak temui, noktah cinta itu…
Tapi akhirnya, bila awak telah memiliki cinta saya, awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tak mampu saya selam. Di sana, saya tak mampu melihat cahaya. Awak beri saya harapan yang sangat besar. Dan akhirnya, awak juga yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam….
Saya sedih sangat, bila awak kata awak tak tau apa yang sebenarnya awak cari. Tapi jauh di sudut hati, saya merasakan, bahawa awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu cinta. Dan mungkin takkan pernah dewasa… Atau mungkin juga, awak belum pernah benar-benar jatuh cinta pada seseorang…
Jadi, selama ini, siapa saya sebenarnya di hati awak? Adakah selama ini, awak sebenarnya tak pernah mencintai saya? Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati? Siapa yang mengajar saya, bahawa cinta itu perlukan pengorbanan? Siapa yang memberitahu saya, agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri?
Awak…
Awak mungkin jenis lelaki yang boleh mencintai ramai perempuan berkali-kali. Tapi saya pula seorang perempuan yang percaya, bahawa dalam hidup saya, saya hanya akan ada 1 lelaki, 1 cinta dan 1 perkahwinan… Kita hidup sekali, mati sekali, dan mencintai sekali…
Melangkah pergi meninggalkan awak, telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada. Jangan anggap bahawa saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak. Jangan pernah menganggap.
Bagaimana harus saya bencikan awak, sedangkan setiap hari, saya merindui awak, biar pun pada ketika awak berada di sisi saya… Setiap saat, saya mengingati awak… Seumur hidup ini, saya mencintai awak…
Awak…
Sebelum saya menghilang dari dunia awak, saya ingin menyatakan sesuatu, yang tak pernah awak tahu. Kalaulah awak bertanya pada saya, sedalam mana saya cintakan awak, inilah jawapan saya…
‘Kalau suatu hari, awak kehilangan sepasang mata, saya akan memberi sepasang mata saya, agar awak dapat melihat semula. Meski pun untuk itu, saya harus buta buat selama-lamanya…
‘Kalau suatu hari, awak kehilangan suara, saya akan memberi suara saya, agar awak dapat bersuara semula. Meski pun untuk itu, saya harus bisu buat selama-lamanya…
‘Dan kalau suatu hari, awak kehilangan hati, saya akan memberi hati saya, agar awak dapat hidup untuk selama-lamanya. Meski pun untuk itu, saya tiada lagi di dunia ini…’
Semuanya untuk awak. Tapi sayang, awak tak pernah tahu….
Seseorang pernah berkata - ‘If you really love someone, then let that person go. If that person is meant for you, that person will come back to you eventually. But if that person does not, then that person was never meant for you, in the first place…’
Awak…
Dengarlah… Saya mencintai awak. Terlalu mencintai awak… Dan kerana saya mencintai awaklah, saya melangkah pergi, demi kebahagiaan awak… Saya berdoa, supaya suatu hari nanti, awak akan temui apa yang awak cari. Supaya suatu hari nanti, awak akan memahami, apa erti cinta yang sebenar. Supaya suatu hari nanti, awak akan dapat mengetahui, bagaimana rasanya, terlalu mencintai seseorang…
Dan semoga awak tak akan pernah terlewat untuk menghargainya…
Awak…
Saya percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita. Saya tahu, ada hikmah di sebalik semua ini. Dan saya tak akan menyoal. Saya juga tak pernah kesal. Sekurang-kurangnya, sepanjang mengenali awak, saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya.
Saya juga percaya, andai benar kita punya jodoh, awak akan kembali semula pada saya. Itu bukanlah harapan saya. Tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan. Dan kalau pun awak takkan pernah kembali pada saya, saya percaya, mungkin itu yang terbaik.
Di mana pun awak berada, awak tetap bertakhta di hati saya. Dan di mana pun saya berada, saya akan tetap mencintai awak.
Awak…
Maut sekali pun, tidak akan pernah mampu membunuh rasa cinta saya pada awak…
~~~perghh jiwang sampai rasa nak bunuh diri
Saturday, November 10, 2007
it's too complicated now..
lama dah aku tak update..
byk kisah sebenarnya..
happy sedih..
n sekarang ni mood aku tgh sedih..
rasa serba salah..
tak tau la..
Friday, November 2, 2007
tak leh nak resist
hish.. bertuah sungguh..
dah too involved..
kena back off sikit lepas ni..
ntah la..
tak boleh nak resist..
buat apa la aku gi pening2..
sedih jugak..
mmg sedih la..
tapi nak compare ngan cerita agung tu mmg aku punya picisan je..
tahap tepi longkang kot..
compare dgn apa yang diberi..
i'm nothing..
NOTHING!!!!!!!!
padan muka ke sbb kena semua tu?
kadang rasa nak jerit depan muka n nak kata " u are so stupid!! "
tp kesian..
kesian ke?
tak nak fikir dah la..
stupid!!!
tak nak yg macam ni...
Thursday, November 1, 2007
fuhh baru lepas tidur siang
berat semacam je tadi..
lama juga aku tidur..
actually tadi dah buat posting dah..
hilang pulak..
penat aku taip sambil feel..
Wednesday, October 31, 2007
Monday, October 29, 2007
kulit kelamin.. macam kantoi jer..
aku tak khatam pun..
soalan direct tp disebabkan aku baca sekali lalu je dan tak hafal maka ingatan pun sipi-sipi je.. hmm.. tawakkal..
ntah aku mmg tak ada mood nak study..
padahal subjek ni interesting..
soalan ada seratus..
time tinggal 30 min je aku dah siap buat..
rasa nak menggelupur duduk dalam tu..
tak sabar2 nak keluar..
dan disebabkan sorang pun dari geng-geng aku tak angkat punggung lagi aku pun tak bangunlah. sebab malas nak tercangak tunggu diorang kat luar sorang2..
balik rumah makan..
then masuk bilik tidur sampai lepas asar..
dah jadi habit pulak tidur siang ni..
bleh boroi ni..
dulu tak macam ni..
ni pun aku menulis lepas bgn tidur..
ingatkan nak tulis sblm tidur tadi tapi mata berat sgt..
tidur... means tidak berfikir..
Friday, October 26, 2007
Tuesday, October 23, 2007
balik indon.. sedey..
Sunday, October 21, 2007
esok nak balik dah sedih ..
Thursday, October 18, 2007
aku dah tau masak gulai tempoyak
Tuesday, October 16, 2007
raya..
Filem wajib tayang thn ni=zombie kampung pisang.. hari2 adik aku n sepupu2 yg kecik2 tu pasang filem ni.. tak lah best pn.. mengarut je cerita dia.. tp budak2 suka la lawak bodoh cam tu..
Monday, October 15, 2007
m'sia yg panas
Saturday, October 13, 2007
1 SYAWAL
Friday, October 12, 2007
KASIH IBU
cerita pasal solat ni... susah nak jaga ibadat yang satu ni.. yang utama ni.. nak kerjakan bagi cukup 5 kali sehari tu insyaallah.. tapi nak jaga kualiti tu.. nak dapat kesempurnaan hmm cukup susah.. nak tepat waktu..wudhu' , rukuk dan sujud yg sempurna.. main word KHUSYUK.. ingat dulu-dulu masa kecil liat sungguh nak bangun subuh.. bila ayah suruh bangun siap merungut lagi.. sampai me n adik kena rotan kat tapak kaki baru la bangun tu pun bagi syarat kat ayah kalau nak suruh kakak solat subuh tak nak amik air sembahyang sejuk.. hmm ayah pun kata tak apa.. janji solat..
hehehe tu cerita zaman sebelum baligh.. then me dapat kesedaran sendiri masa duduk kat boarding school dulu.. my senior masa tu me form 1.. dulu masa kat boarding school kena solat jemaah dan tak boleh solat dalam dorm.. tp biasalah.. senior2 otai dulu solat semua dalam dorm.. kita yang form 1 ni duk tengok je la.. hmm janji solat ye dak dari tak buat langsung.. then ada one day ni, masa tu mandi lewat.. so tak sempat nak solat jemaah.. dorm org lain pon dah gelap je masa tu.. kalau turun time tu sure kena hambat dengan waden (takut ngan waden lagi time tu dari takut ngan Allah...geleng kepala.. budak2).. pastu ada sorang senior ni duk rilek je.. me tanya la dia solat ke belum sebab setahu me time tu bukan time dia period.. dia punya jawapan mak aiihhh... menusuk kalbu sungguh!!! "ko budak kecik ko tau apa.. ko semayang kat sini kat umah ko semayang ke???" hmm terkedu sejenak dengar pernyataan tu..
tp Alhamdulillah, start dari dengar pernyataan tu me berazam tak nak sengaja tinggal solat dah.. lagi tengok ibu dan ayah yang tunggang-tonggek solat doakan kesejahteraan keluarga.. lagi dengan kata2 ayah yang everytime nak exam jer tak kira la exam besar ke exam kecil ke kalau phone kata nak exam je tolong doakan kakak.. mesti ayah jawab macam ni.." insyaallah ayah solat hajat untuk kakak"... hmm kata2 yg yg jadi pembakar semangat.. takkan lah orang lain sanggup susah payah nak buat untuk kita, kita tak boleh nak buat untuk diri sendiri..
ayah bukan jenis org yg tunjuk kasih sayang dia kat anak2.. rasanya in my whole life tak pernah dengar dia sebut sayang kakak.. tak pernah.. maybe ada kot dalam tidur.. dalam doa.. tapi me tau dia sayang sangat kat anak2 dia.. boleh rasa.. n dia bukan lah seorang yg suka pujuk.. tp pernah sekali dia pujuk me.. ingat lagi masa tu nak dekat PMR n skolah ada buat function utk ibu bapa n student ala2 kem motivasi.. seingat me la.. masa tu parents yg tak boleh datang ada tak sampai 10 parents.. n termasuklah my parents.. sedih sungguh masa tu tak terkata..dapat pulak ayah cakap cam ni "kakak jangan lah sedih ibu ngan ayah ada kerja sikit tak boleh datang".. me jenis yg tak boleh kena pujuk selalu cool down sendiri.. kalau kena pujuk lagi la parah meraung.. call ibu suruh datang.. tp kena marah balik " kakak tak faham ke ibu sibuk kerja" my god.. kerja lagi penting dari anak2... hmm me jawab masa tu "tak apalah kalau macam tu".. terus hang up.. ingat lagi masa dalam telekung nak gi solat maghrib.. apa lagi solat sambil berjurai2 air mata..
malam tu b4 tidur sambil tulis diari me terfikir.. berdosanya aku buat macam tu kat ibu.. then 1st thing i do the next morning.. call umah.. ibu yang angkat.. dengar je suara aku ibu cakap.. "sorry semalam.. ibu bz sgt.. letih kerja".. terus me jawab.. "tak kakak yang salah tak faham ibu.. kakak mintak maaf".. fuhhhh..for the 1st time my beloved mom minta maaf kat anak dia.. n me as anak tak sampai hati tengok ibu sendiri merendahkan diri di depan anak dia sampai macam tu.. ampunkan dosa kakak ibu.. what i've learnt from that moment.. whenever i feel down.. when someone betray me.. when a fren slash me behind my back.. when someone i believe in leave me behind.. beside pray to Allah i'll go to my mom.. walaupun tak semua kesedihan tu terungkap depan ibu sbb most of the time aku tak cerita problem aku sebab aku tak nak susahkan hati dia.. tapi seorang ibu dapat rasa yang anak dia dalam kesengsaraan.. apa yang aku mintak cuma secebis doa dari ibu.. "ibu kakak tengah susah hati..tak tenang..tp insyaallah still lagi kuat untuk hadapi semuanya.. ibu tolong doakan supaya Allah pinjamkan kekuatan pada kakak ya".. lepas tu insyaallah.. ketegangan dalam hati tu pasti reda sedikit sebanyak..
actually cerita kat atas tu sebenarnya untuk tatapan diri sendiri je dan cuma sebahagian kecil jasa dan pengorbanan ibu yang tak terbalas sampai bila-bila.. as a reminder.. sepatutnya hanya ada dalam private diari tapi rasa nak share.. kalau ada yang terbaca.. ingat syurga tu bawah tapak kaki ibu... Ramadhan berakhir.. semoga segala amal kita sepanjang bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan ni diterima oleh-Nya.. Next Ramadhan sempat lagi kah kita??????
SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR BATIN
Thursday, October 11, 2007
cita2? impian? harapan?
Tafsirlah ikut pemahaman anda sendiri..
Monday, October 8, 2007
shopping raya..
kurus giler sekarang bila belek full figure kat fitting room tadi.. really hate it!!!!
Saturday, October 6, 2007
going back home!! raya!!
ni dah kat airport nk balik raya..
hmm happy sgt nak balik!!
Friday, October 5, 2007
1080 days to go
Monday, October 1, 2007
monday blues...
letih sungguh hari ni mengalahkan org yg puasa pulak
last nite tido pukul 12..
then pukul 4 dah terjaga..
tersentak macam terkejut gitu..
pagi kelas bedah..
aku mamai je hari ni..
maklum lah tengah heavy period..
dengan kepala beratnya mata sembab..
1st kuliah bedah dr setio peritonitis..
antara doc bedah fav aku..
dia ajar slide sikit tapi penerangan dia best..
hmm disebabkan aku punya orientation kepala tak betul hari ni aku dengar macam masuk angin keluar asap lah..
2nd kuliah anak..
mmg dari dulu aku tak suka subjek ni..
wahhhhhhhhhhhhhhh..
dah la byk giler materi dia..
lecture pulak sensitip jer..
sikit2 nak merajuk..
tapi hari ni dr haryudi yang monotone tu..
muda lagi..
soft spoken pulak tu..
senior2 aku ngan kawan2 aku mmg suka la doc ni untuk buat cuci mata..
hehehe..
tp dia bukan taste aku la..
so aku ikut kuliah dia macam biasa..
lentok2 jugak la 20 min terakhir tu..
lepas tu kuliah mata pulak..
keratitis dan infeksi pada kornea..
doc rosy aldani tak silap aku nama lecture dia..
ni satu lagi subjek baru sem ni yang masya Allah..
nak muntah dengan notes2 dia..
satu kuliah tu tebal giler..
aku nanti plan nak jadik specialist mata tapi ntah la..
balik lebih kurang pukul 1 sampai rumah..
aku tak tahan terus landing atas katil tidur sampai pukul 4..
lama gila tidur..
sebenarnya aku bukan jenis yang suka tidur siang..
malam pun selalu tidur dlm 4-5 jam je..
bangun pagi fresh..
dulu2 ada je banda yang aku buat kalau time kawan2 aku tidur siang..
baca buku, main tenet, baca buku lagi, main game, baca buku lagi ect.. ect..
tapi semenjak 2 menjak ni tidur tu dah jadi macam hobby baru aku..
nak kata lari dari masalah hmm macam ye..
tapi aku tau aku mmg tak boleh nak lari..
sbb everytime aku terjaga je mesti aku teringat..
masa awal2 dulu lagi teruk..
time aku teringat je mesti aku masuk bilik dan tidur dengan harapan bila aku bangun apa yang aku alami selama ni hanyalah mimpi je..
tapi realitinya.. hmm parah..
sampai hari ni tidur aku malam2 tak pernah lena..
macam something yang ada di alam bawah sedar aku yg kejut aku every hour tiap2 malam.. bayangkan lah..
tiap2 jam terbangun..
dan susah sangat nak tidur balik..
kalau aku jenis yang telan ubat mesti aku dah telan ubat penenang..
tapi aku tak nak hidup dengan bergantung pada semua tu..
aku memang suka tulis diari..
dari standard 4 lagi ada aku simpan..
tapi tu semua yang share sorang2 la..
tapi ni aku rasa nak share dgn semua org..
sbnrnya penat jadi pretender..
jadi seorang yang tak pernah wujud..
jadi bukan aku..
nak jadi diri aku sendiri..
nak share everything macam dulu..
moga allah makbulkan..
Thursday, September 27, 2007
Tuesday, September 25, 2007
KISAH SEPURNAMA
Saturday, September 22, 2007
once again
ntah lah..
aku happy camtu..
tak pe lah.. god knows the best..
yang pasti, tapi aku dah mula rasa release..
dah mula melepaskan..
Friday, September 21, 2007
alhamdulillah
Thursday, September 20, 2007
Inikah yang aku mahu??
tapi kalau macam ni boleh bagi kegembiraan sementara... then, let it be....
Monday, September 17, 2007
HATI.....
ada juga hati yg busuk.. bau pekung tak boleh nak cerita, ditambah pulak bau hanyir yg amat menyakitkan hati sesiapa saja.. macam mana dia nak berdampingan dengan org lain ya..
yg paling baik adalah hati manusia yg bersih dan harum.. sesiapa saja mau berdampingan denganya..seronokkan kalau ada hati mcm tu..
hati manusia ni kan siapa yg tau.. tiada siapa yg mahu mengetahui dan bagaimana cara untuk mengukur tahap dan klasifikasi sesuatu hati tersebut.. hati ni terbentuk melalui rohani dan cara pembawaan kita dalam menempuhi kehidupan serta perjalanan hidup kita.. sikap tamak dan ego yg tinggi boleh mencetus sesuatu perbuatan yg tak masuk akal.
Cuba kita renungi sesuatu sebelum membuat sesuatu perkara.. kaji atau selidiki secara menyeluruh... jangan mudah membuat kesimpulan keatas sesuatu perkara yg kita sendiri kurang pasti atau mempunyai banyak persoalan..
jangan menjauhi seseorg kalau kita tahu kita telah menyakiti seseorg.. sebaiknya, cuba membuat perbincangan serta bertanya adakah kita telah melukakan hatinya.. jgn menjauhkan diri dan membuat pelbagai andaian.. tak adilkan kalau buat mcm tu.. 'org' tu yg terpinga-pinga.. kita tau ke kalau org yg kita menjauhi tu boleh terima sebab kita menjauhi dia sbb dia terluka dengan kita.. kalau dia tak tau mcm mana.. mesti 'org' tu akan sedih, dia mesti lagi pelik dan kecewa..kekadang tu semua sebagai satu alasan, hati manusia siapa yg mampu duga... tetapi kebenaran akan terjawab.. tak perlulah untuk kita mencebik muka.. terimalah ianya sebagai sesuatu cabaran untuk kita.. sedih tetap ada.. dan kecewa tetap ada.. terimalah kenyataan..
Wah.. hebat betul hati manusia ni.. aku rasa tercabar kekadang tu… rasa sakit hati pun ada.. tapi apakan daya…terimalah dengan hati yang redha…kerdilnya manusia ni..Kerdil yang dimaksudkan adalah kalah dari membuat sesuatu yang mulia sedangkan ia mmg sudah didepan mata. Susahkah untuk melakukan sesuatu yang sebegitu… sebak kan..
Ada satu hati, yang mmg degil tapi mahu.. cukuplah mendera hati yg lain.. keluarkan apa kata yang terbuku.. begitu susahkah mahu meluahkannya? Susah tu mmg susah.. tapi apa yg penting.. mahu mencuba dan mahukan kebenaran yang pasti.. pelik tapi benarkan… itulah yg susah dan perlu ditanggung.. nak seribu daya.. tak nak seribu dalih..Hati kita ni selalu akan mahukan sesuatu… mendesak dan didesak.. itu lah yg akan sentiasa terjadi... tapi apa yg berlaku mungkin ada hikmah disebaliknya.. rasa merindu dan dirindu.. wah.. seronok kan... bila merindu dan dirindu, memerlukan satu perasaan yg amat susah nak digambarkan dan amat susah nak diluahkan oleh kata2... hanya org yg merindu dan dirindu mengetahuinya.. makin lama kita sedar dan makin lama kita merasainya, betapa bersyukurnya kita bahawa ia pernah terjadi pada kita.. walhal mana tau pada sesuatu masa nanti, ia bukan menjadi milik kita.. tak salah untuk merindu dan dirindui.. yg salah adalah tujuannya.. jika tujuannya hanya untuk memainkan perasaan org lain atau hanya mahu melepaskan batuk ditangga.. salah sebenarnya tu..hati manusia mmg susah untuk dimengerti.. apatah lagi untuk diselami.. banyak maksud ttg rindu dan merindui ni.. ia bergantung pada maksud yg kita gambarkan atau yg mahu kita luahkan..
Rasa..
—————————————————————
Dan apakah Anda boleh memaksakan apa yang Anda rasakan?
Kadang Anda berusaha mencintai seseorang, but there will always be flaw on that person as a reason to make you stop.
Kadang Anda berusaha melupakan seseorang, but your heart will always sink as you recall all the memories.
Kadang Anda berusaha meyakinkan diri Anda, but your mind fools you with your own toughts.
Dan kadang Anda mencegah agar perasaan itu tidak pudar,
but it fades despite the guilt that you felt..
Wednesday, July 18, 2007
Tips on Relationship
Thursday, January 18, 2007
"Isteri bukanlah hak milik, isteri adalah anugerah"
Petikan dr filem Cinta yang promosinye tengah meletop skrg kat Msia. Citer ni cm best, compilation of 5 different love stories dlm satu movie. Pelakon die pon mantap2 (yang penting ade shidi yg hensem tuh hohohooo suke la aku..).. tapi yg menarik nye pasal filem ni, rasenye script die pon mantap2, bak kate org2 yg bg review pasal filem ni, paling2 kene la tempias kisah cinta kita sendiri. So, aku plan mmg nk tgk ah citer ni, cm best.tu pon kalau balik nih ade lagi.
Tapi the main reason aku post blog ni ialah nak komen sket psl quote atas tu. When i first heard of it, memang terpana (wallamakkk) sekejap, memang selalu kite dengar kan, org cakap bile dh bercouple, dah berkahwin, mesti ade dialog cm ni
" awak sy punye kan, sy pun awak punye kan"
"mane boleh awak ckp ngan lelaki lain, awak kan saya punye"
"baby you are mine forever"
"baby i am yours...."
bile kita renungkan, memang salah konsep tu. Cinta dan sayang datang tak dijemput, pergi tak dipinta. Sebab tu, orang yg kite sayang dan cinta tu adalah anugerah, hasil dari perasaan cinta yang datang dengan tiba2. Bukanlah mereka tu milik kita. Sebab bile kite cakap sesuatu tu milik kita, atau pon seseorang, kite mesti ade tendency untuk mengongkong atau mengawal SEGALA nya pasal kekasih kita tu. nak pegi mane, kdg2 pon kene mintak izin (ini hanya apply kepada bf/gf, bukan kepada suami insteri yer. suami isteri memang kene mintak izin). kdg2 bf kite tak setuju ngan pilihan yang kite buat, dan kite ni tersepit, antara nak puaskan hati org yang tersayang ataupon kejar impian sendiri. ade kes tu, yang sang kekasih ni siap check log call dlm handphone kekasih die. macam2 yer hal bile kite rase org tu MILIK kita, bukan ANUGERAH.
Yang kedua plak, MILIK dan ANUGERAH, mana kite appreciate lg? mesti la anugerah, kan? sbb kita rasa anugerah tu susah sgt nak dpt, dan dia boleh hilang bila2 mase je. for that, kita akan tend to jaga dan tumpahkan sepenuh kasih sayang kita kat org yg kita rasa adalah anugerah buat kita. Bila kita rasa org tuh milik kita, kite jaga juga, sebab kita rasa dia milik kita, dan kita nak dia jadi the best of apa yg kita ada, dan kita nak orang lain pandang milikan kita tuh sebagai yang terbaik. kdg2 utk mencapai benda tu, kite layan milikan kite tuh, kureng sket. kadang2 marah org tuh, semata2 tanak dia jd apa yang kita tanak dia jadi. dan kita kawal gerak geri dia, supaya dia adelah yg paling sempurna dimata kita, dan di mata kawan2 kite.
mcm tu lah dunia, yang penuh dengan manusia. kadang2 kita cuma tak boleh bersyukur dengan apa yang kita ada. kita tamak. kita lupa yang ada kuasa lebih besar dr kita, ALLAH swt. oleh tu kita jd angkuh, kita lupa yang kita hamba, kita mula memperhambakan orang lain.
sayang dan cinta tuh memang anugerah Allah, kalau tak terangkanlah mana datang nya perasaan yang memang tak tau dr mana dtgnye tuh. Pastilah dr Yang Maha Kuasa.
bcoz of that, marilah kite sama2 menganggap orang yang kite sayang sebagai anugerah, bukannya milik kita. sebab aku pernah melalui kehidupan sebagai milik orang lain, dan pahit adalah lebih banyak dr manisnya.
oklah dh abes jiwang. tuh r kesimpulannya...
terima kasih kepada semua yg jadi kesayangan aku..
kepada semua yang menyayangi aku..